lanun saiko

kampung

Perjalanan menuju ke kampumpunku yang selalunya mengambil masa hanya tiga jam telah memakan masa hampir enam jam.HUH.ini semua gara-gara demonstrasi menentang ISA.Rindu betul pada kampungku yang sekian lama tidak aku ziarah.

Hari pertama di kampung sedikit memenatkan kerana perjalanan yang begitu lama.Aku asyik aje ketawa terbahak-bahak kerana lucu betul menonton ‘JANGAN LUPA LIRIK’.Pada asalnya aku mahu mangulagkaji pelajaran tetapi apabila teringatkan aku terlupa membawa ‘calculator’ terus aku batalkan sahaja niatku.

Keesokannya aku bangun awal.Aku pon terus menuju ke luar halaman rumah.Wah ..indah betul pemandangan di pagi hari(indah ke ?seingat aku pemandangan sangat kabur kerana pemandangan diragut oleh kabus pagi yang tebal..hehehe).Dingin embun di pagi hari sangat menusuk kalbuku.

Petangnya pula aku pergi memetik buah rambutan berdekatan dengan rumah ‘Atok’.Rindu pula rumah pusaka yang dulunya menjadi tempat persingahan tatkala pulang ke kampung.Tetapi kini dibiarkan sepi kerana rumah itu telah uzur.Banyak kenangan silam menjengah benakku tika aku berada di situ.Ah..sungguh manis kenangan itu walaupun terlalu sikit jika dibandingkan dengan spupuku yang lain.

Lewat malam baru aku pulang ke rumah.Apalagi tak ke sekolahlah aku jawabnya ..kan betul sekarang ini sepatutnya aku berada di sekolah menghadiri kelas tambahan .HAHAHAHA

3 August 2009