lanun saiko

setapak menuju ke menara gading…

Awal pagi lagi aku telah bersiap-siap untuk pergi ke sekolah.Pada mulanya malas juga aku hendak bangkit daripada tidur maklumlah kalau ada Ain tidur lambatlah jawabnya.Tapi aku gagahkan juga badan ini.Aku pun tidak mengerti mengapa aku bersemangat untuk menghadiri aktiviti ini yang sememangnya tiada kena-mengena dengan aktiviti mengulang kaji tetapi hanyalah aktiviti untuk menentukan kerjaya masa depan.

Sesampai sahaja di sana mataku tertangkap kelibat seniorku yang menjadi pengacara majlis dalam majlis itu.WOAAaa…Tampan sungguh.Detikku dalam hati.Aku tidak bermaksud untuk menggatal sekadar teringatkan novel yang pernah aku baca dan aku terbayangkan beginikah rupanya arkitek yang tampan setelah dia memberitahu jurusan yang diambil olehnya.HEHEHEHE…

Majlis berjalan dengan begitu santai.Tidak rugi aku datang banyak manfaat yang aku peroleh,detik hatiku.Kami diberi pendedahan tentang MOK interview.Tidak menjadi masalah kepadaku kerana aku pernah menepuhnya sekali ketika memohon pertukaran pelajar AFS.Aku juga dapat menangkap dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan RESUME dan COCURICULUM VITAE.Bangga juga aku kerana keputusanku untuk mencari pengalaman ketika itu tidak sia-sia walaupun aku tidak berjaya.

Argh…terkejut juga aku kerana aktiviti itu akan berpanjangan sehingga ke petang setelah melihat aturcara.Tertunggak lagi jadual belajarku tapi aku tetap berkeras untuk menyertainya kerana aku tidak mahu kedatanganku hanya sia-sia sahaja.

Petangnya pula ada forum bersama senior yang ketika ini sedang belajar di Ireland,Russia dan Malaysia sendiri.Teruja juga aku tetapi aku merasa sedikit gelisah kerana aku duduk di hadapan sekali dan sangat dekat dengan pelajar lelaki.Aku janji pada diriku selepas ini aku tidak akan duduk lagi di situ kerana aku kurang keyakinan diri yang sangat melampau.Huh masih tidak berubah lagi penyakit diriku.

Akhirnya,aktiviti kami ialah melawat ‘booth’ kerjaya yang disediakan.Aku apalagi mestilah menuju ke ruangan ‘medic’.Tanpa berlengah aku pon duduk di situ.Walaupun kadangkala aku masih ragu dengan cita-citaku ini,tetapi setelah menghadiri aktiviti ini aku dapat merasakan semangatku kembali membara dan matlamatku lebih jelas iaitu untuk menjadi seorang doktor gigi.Tapi yang aku paling terkilan aku terlepas peluang untuk memiliki pen yang berbentuk jarum penyutik yang diberi percuma kepada semua yang hadir kerana aku sering sahaja duduk depan…HAHAHA

25 July 2009