Awal pagi lagi aku dikejutkan dengan perjumpaan Abi wa Umi.Ah.. ikutkan hati aku tidak mahu ikut serta.Dadaku berombak-ombak kencang terfikir di benakku marahkah Umiku,Cikgu Salwa nanti dengan keputusan peperiksaan pertengahan tahunku yang tidak seberapa.Sesampai sahaja ditempat pertemuan Cikgu Salwa mula berbicara.Betul tekaanku apalagi seram-sejuklah aku dibuatnya.Bukan aku tak suka pertemuaan itu tetapi aku tak berapa gemar berkongsi masalah-masalahku.
Sangkaanku meleset ingatkan perjumpaan itu akan menjadi tegang rupa-rupanya sangat mendamaikan.Hanya aku,Lisa dan Fakri sahaja yang hadir seorang lagi aku tak berapa kenal orangnya dalam erti kata yang sebenar malas aku hendak ambil tahu.
Aku tergelak dalam hati.Aku tersilap menyapa orang rupa-rupanya.Aku ingat rakanku Anis itu telah nyanyuk kerana asyik dengan tekaanku bahawa dialah teman kumpulanku.HEHEHE..tetapi aku yang nyanyuk rupa-rupanya teman yang sama kumpulan denganku ialah Lisa bukan Hanis.
Tiba masa kelas Sejarah.Rakan-rakan sekelasku macam cacing kepanasan tidak boleh duduk diam langsung.Riuh-rendah kelas dibuatnya.Apalagi dalam benakku hanya memikirkan mereka teruja dengan kelas Sejarah yang baru diambil alih oleh Cikgu Ezana mungkin.
Cikgu Ezana memang tegas orangnya.Fikiranku terawang-awang semasa di tingkatan 3.Setiap hari jika ada kelas Sejarah pasti membuatkan hatiku gundah-gulana tambahan pula dengan ugutan Cikgu Ezana yang akan mendenda kami sekelas jika tidak mendapat markah 80 ke atas.Aku terselamat denda tawaf tangki merah tetapi sekali didenda jalan itik hanya kerana markah Sejarahku 78.Sayang sekali Cikgu Ezana sangat tegas.
Cikgu Ezana meluru kekelasku.Seperti yang disuruh minggu lepas ia bertanya tentang nota.Ah gawat rakan sekelasku memang tak pernah serik hampir keseluruhan rakan sekelasku tidak menyiapkan nota Sejarah.Panas betul hatiku dengan tindakan mereka itu tetapi apakan daya semua yang terjadi telah tersurat.Cikgu Ezana betul-betul sakit hati dengan kelasku lalu meninggalkan kelasku tanpa bicara.Peristiwa hari ini sungguh meruntun hatiku…