lanun saiko

Perkara tidak diduga

Semasa aku sedang belajar Biologi,sedikit kegemparan berlaku.Ada ambulance datang.Kenapa?Ada pelajar sakitkah?Seriuskah?Banyak persoalan menjengah ke benakku.

Beberapa minit kemudian seorang pelajar disorong.AH..Aku sedikit tersentak apabila terlihat beg Syarah.Syarahkah?Kenapa?Pagi tadi aku lihat sihat-sihat sahaja.Memang Syarah kerana aku terlihat kedua orang tuanya.

Aku sedikit sedih hingga ingin sahaja mengeluarkan air mata kerana melihat keadaan kawan baikku itu.Aku harap Syarah tidak kriktikal dan akan sihat seperti biasa.Ganbatte Syarah a.k.a Hikari-Chan.Zettai akiramenai!!!

11 August 2009


PLKN again

Yeah finally the truth is revealed.I’m out from PLKN.Who made this big fuss?Who said I’m PLKNner.I rechecked my name in THE LIST.WOOaa.I can’t see my name(that means hehehehe).It’s over OBVIOUSLY.(LoL).mY DOUBT IS OVERRRRRRR ^^.

11 August 2009


PLKN…

wHAAAAAAAA!!I still don’t get it.My name where is my name?Ayah HAJI…..what have u done,u didn’t mentionĀ  my name as the PLKN candidates.U ..uH …then i started to feel like bursting in HAPPINES!!

Then I asked my friendsssssss(so many of them)..Did u hear my name ‘NURUL AQILAH BT RAMZI’.What the heck..(BIGGEST YES THERE)OMG!!!..I want to cry that time..Huh..SERve u Right Aqilah..u did laughed for Anne and Saadiah to congrates them as a (WIRAWATI)…NAH..u TOO parts of them ..

wawawawawWAWAWAWA…what excuse i will give to prevent tht PLKN??Emmm??(i’m thinking)o_0..Mybe i should tell them i have to go to Japan to get married..AH…(make no sense at all)…i don’t have any BF..LOL

Then i decided to join PLKN with all my heart AND OF COURSE build a new RIOT identity..THATS BETTER..than crying OUT loUD 0_O….HUH…trust me i will look SO WACKY after all ….HE HE HE

7 August 2009


Sesiapa yang inginkan dunia hendaklah dia berilmu.
Sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dia berilmu.
Sesiapa yang inginkan kedua-duannya hendaklah dia berilmu.

— Al-Syafie

5 August 2009


NO SACRIFICE NO VICTORY

— Professor Witwicky,TRANSFORMERS

3 August 2009


kampung

Perjalanan menuju ke kampumpunku yang selalunya mengambil masa hanya tiga jam telah memakan masa hampir enam jam.HUH.ini semua gara-gara demonstrasi menentang ISA.Rindu betul pada kampungku yang sekian lama tidak aku ziarah.

Hari pertama di kampung sedikit memenatkan kerana perjalanan yang begitu lama.Aku asyik aje ketawa terbahak-bahak kerana lucu betul menonton ‘JANGAN LUPA LIRIK’.Pada asalnya aku mahu mangulagkaji pelajaran tetapi apabila teringatkan aku terlupa membawa ‘calculator’ terus aku batalkan sahaja niatku.

Keesokannya aku bangun awal.Aku pon terus menuju ke luar halaman rumah.Wah ..indah betul pemandangan di pagi hari(indah ke ?seingat aku pemandangan sangat kabur kerana pemandangan diragut oleh kabus pagi yang tebal..hehehe).Dingin embun di pagi hari sangat menusuk kalbuku.

Petangnya pula aku pergi memetik buah rambutan berdekatan dengan rumah ‘Atok’.Rindu pula rumah pusaka yang dulunya menjadi tempat persingahan tatkala pulang ke kampung.Tetapi kini dibiarkan sepi kerana rumah itu telah uzur.Banyak kenangan silam menjengah benakku tika aku berada di situ.Ah..sungguh manis kenangan itu walaupun terlalu sikit jika dibandingkan dengan spupuku yang lain.

Lewat malam baru aku pulang ke rumah.Apalagi tak ke sekolahlah aku jawabnya ..kan betul sekarang ini sepatutnya aku berada di sekolah menghadiri kelas tambahan .HAHAHAHA

3 August 2009


OPIE  sekitar hari lahirnya.
sweet 2years.semoga panjang umur.^^

OPIEĀ  sekitar hari lahirnya.

sweet 2years.semoga panjang umur.^^

31 July 2009


kebelakangan ini rasa macam telah jatuh cinta dengan HONGO KANATA. O_0
 GOTH-Hongo Kanata

kebelakangan ini rasa macam telah jatuh cinta dengan HONGO KANATA. O_0

GOTH-Hongo Kanata

30 July 2009


emmmm

Urat saraf seluruh anggota badanku terasa seperti bersimpul-simpul yang amat dahsyat dalam erti kata yang mudah PENATTTTTTTTTTT SANGAT-SANGAT.Huh inilah bahananya sebab tak bersedia dari awal.Aku nekad pergi kelas tuisyen walaupun aku memang tidak gemar pergi ke tuisyen.Aku baharu sahaja mengikuti kelas pada hari Selasa yang lalu tapi belum apa-apa lagi aku rasa nak berhenti(BERTUAH PUNYA BUDAK).Aduhai sungguh seksa jika perlu mematuhi sesuatu yang aku tidak berapa gemar.Bila difikirkan balik takkanlah aku mahu behenti kelas tuisyen malulah aku nanti pada Iti.(Huh..aku yang beria-ria nak pergi)Juga pada cikgu tuisyenku itu.Malu juga ya walaupun aku ini memang muka tembok sikit.

HUH.. Disebabkan betapa terseksanya aku untuk menghadiri kelas tuisyen itu, setiap kali balik tuisyen aku akan membeli aiskrim.(I LOVE ICE-CREAM.. Nyaaaa~~~)Lagi satu kenalah selalu aku fikirkan siapa pula geranan yang membayar duit tuisyenku.Tegarkah aku menghampakan babah.OH.semestinya tidak.^^

gambatte!!

30 July 2009


kenapa ya??

Kebelakangan ini aku sering sahaja jatuh sakit.Pelik bin ajaib selalunya akulah yang paling sihat dalam kalangan keluargaku.Beberapa kali aku mengeluh mencari jawapan yang tepat untuk persoaalanku.Ah..apalah yang aku fikirkan berdosanya berfikiran sedemikian.Nikmat sihat selalunya tidak pula aku terasa apa-apa apabila sakit menjengah sibuk pula merangka persoalan.Mungkin aku terlalu tertekan itulah telahan yang sering wujud dalam benakku.Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.Bukan aku tidak kenal dengan diriku yang cepat tertekan tapi inilah kali pertama aku merasakan aku hampir-hampir betul dengan tebing putus asa ataupun aku memang sudah berputus asa cuma aku sahaja yang tidak tahu.Ah… itu hanya persoalan tidak mungkin aku akan membiarkan cita-citaku terkubur begitu sahaja.

Di sekolah pula rakan sekelaskan risau juga tentangku.Manakan tidak sekarang ini musim ‘selesema babi’.Tambahan pula abangku juga sedang dikurantin(mungkin kot tapi nampak gayanya macam tidak sahaja asyik jalan-jalan tak ingat dunia) semuanya gara-gara pelajar di universitinya positif ‘selesema babi’.

Hari ini sepatutnya ada kelas Bahasa Arab tapi entahlah geranan Ustaz Solah pon tidak nampak.Kata Anne Hadi ada memaklumkan tentang pembatalan kelas (tapi yelah siapa nak percaya kalau cakap tu tersengih-sengih macam kerang busuk).Lega juga hatikku dengan pembatalan kelas kerana kepalku terasa berdenyut-denyut maha dahsyat.Huh..janganlah demam lagi doaku dalam hati.

28 July 2009